Sunday, January 16, 2011

Siapa yang nak kita contohi dalam masalah perpaduan ni?

Allah dah mengiktiraf anak-anak murid Rasulullah adalah sebaik-baik ummat yang telah graduasi untuk dicontohi oleh sekalian manusia.

Apakah kelebihan sahabat Nabi? Apakah sifat yang mereka miliki sehingga Allah mengiktiraf mereka adalah ummat terbaik? Apakah rahsia mereka?

Rahsia mereka adalah didikan Nabi. Apakah yang Nabi didik kepada diri mereka? Nabi didik supaya amar makruf dan nahi munkar dan beriman kepada Allah. Iman mereka adalah tauhid. Tauhid adalah keimanan sahabat. Kepercayaan sahabat. Kepercayaan adalah di dalam diri.  Daripada dalam diri, menghasilkan manusia yang terbaik. Lonjakan proaktif. Dari dalam ke luar.

Sahabat adalah kumpulan manusia terbaik kerana tauhid mereka. Keimanan mereka. Penyelesaian segala masalah adalah daripada keimanan.Tauhid menyatukan para sahabat.

Rasulullah membina kekuatan tauhid selama 13 tahun di Makkah. 10 tahun melaksanakan syariat Allah tanpa sebarang halangan. Tauhid yang kukuh menerima sahaja segala syariat Allah tanpa prejudis. Tanpa syak. Tanpa ragu-ragu.

Keimanan membina manusia yang baik dan  memberi kebaikan.

Dunia hari ini penuh dosa adalah kerana keimanan yang tipis ataupun tiada keimanan. Tidak merasai kewujudan Allah di dalam hatinya. Tidak ingat atau tidak tahu bahawa Allah yang mencipta dirinya. Allah yang memberinya makan. Allah yang memberinya minum. Allah yang memberinya badan untuk diri, duduk dan baring. Allah yang memberinya akal untuk berfikir. Allah yang memberinya keluarga. Allah yang memberinya harta. Allah yang memberinya jawatan. Semuanya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Semuanya akan disoal semula mengenai amanah yang diberikan.

Itulah akibat tidak bertauhid. Manusia berselisih. Manusia bergaduh. Manusia bermusuhan. Manusia berperang. Manusia membunuh. Manusia mencuri. Manusia berzina. Manusia meragut. Manusia menjual dadah. Manusia tidak hormati orang tua. Manusia membenci orang muda. Manusia memberi dan menerima rasuah. Manusia pecah amanah. Manusia berjudi. Manusia minum, jual dan bekerja dengan arak. Manusia menjual diri. Menjual isteri. Manusia merogol. Manusia mendera. Manusia menipu.

Manusia sombong. Manusia ego. Manusia tamak. Manusia haloba. Manusia tiada iman. Manusia tiada tauhid.

Tauhid adalah penyatuan kita. Tauhid menyelesaikan masalah kita. Tauhid membina kita. Tauhid menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. Marilah kukuhkan tauhid kita. Apa dia tauhid tu?