Wednesday, February 9, 2011

Dunia Idaman

Lama saya tidak memberi peduli kepada blog ini. Terfikir-fikir perkara apa nak ditulis.

Dari tajuk, agak idealistik idaman saya. Tangan pendek nak peluk gunung.
Tapi, dunia idaman saya telah wujud seribu tahun lebih yang dulu. Duni Nabi, ahli bait dan para sahabat.

Dunia mereka mencapai tahap persahabatan paling tinggi. Iaitu persahabatan taraf ithar.

Dunia mereka melebihkan orang lain dari diri sendiri walaupun diri sendiri dalam kesusahan. Tak percaya? Rujuk dalam surah al-Hashr, juzuk 28. Ayat? Anda semak sendiri. Moga-moga diberi ganjaran besar kerana ingin memahami al-Quran.

Dunia mereka agak idealistik dalam realiti hari ini. Dunia hari ini adalah dunia materialistik. Sebenarnya tak salah banyak duit, tapi biarlah ikut syariat, pertama. Tujuan baik pula untuk banyak duit, iaitu infaq fi sabilillah.

Dunia hari ini menjadikan harta sebagai matlamat sedangkan dalam Islam, harta adalah alat. Sebab itu kita melihat banyaknya pengabaian terhadap anak, penganiayaan, kecurian, rashuah (asal dari Arabiah), rompak terang-terangan atau sembunyi di kalangan pegawai-pegawai. Jangankan hendak melebihkan orang lain, bahkan menzalimi orang lain pula.

Ini kerana, jauhnya kita daripada maksud muslim itu sendiri dan rendahnya kualiti iman kita. Insyaallah, selepas ini, saya bawakan tajuk muslim pula.