Baru saja lepas baca blog Dr Faisal Tehrani.
Pening dengan permusuhan dalam Islam ini. Ahlus Sunnah wal Jamaah (ASJ), Syiah dan Wahhabi.
Marilah bersatu. Itu kesimpulan saya. Yang kita nak hadapi musuh luar, bukan musuh seagama.
Mula-mula, tahniah kepada Dr Faisal kerana berusaha memahamkan saya dan saudara-saudara saya dalam masalah Syiah. Dr Faisal mengaku ada pengikut Syiah yang sesat sebagaimana banyak juga pengikut ASJ yang sesat. Tak percaya? Cuba renungkan, berapa ramai pengikut ASJ yang liberal, sekular dan ular-ular ( lain-lain hidangan Yahudi dan Kristian kepada umat Islam ).
Ulama Syiah juga menentang sikap melampau dalam Syiah seperti kahwin mutáh, mencederakan diri dengan parang dan pisau pada Hari Asyura, mencaci isteri dan sahabat Nabi s.a.w. Profesor Wahbah az-Zuhaili sendiri dalam hasil sarjana beliau iaitu Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuh mengiktiraf fiqh aliran Ja'fariah dalam Syiah.
Ada apa yang kita banggakan sebagai ASJ tetapi kita tunduk kepada Amerika ( Yahudi dan Kristian)? Tetapi Presiden Iran, Ahmedinejad yang memang presiden di negara yang dikatakan Syiah, adalah satu-satunya pemimpin yang secara zahir bersiap melawan Israel secara senjata. Jadi sebagai orang Islam, bertuhankan Allah, bernabikan Nabi Muhammad dan ikhwah Baginda, marilah kita saling membahu menguatkan suara Ahmedinejad melalui persaudaraan Islam.
Lihat persaudaraan Islam yang Nabi ajar dalam Nabi berpolitik sesama orang yang MENGAKU ISLAM.
Sebahagian sahabat pelik dengan layanan baik Nabi kepada munafiq sehingga mereka bersoal kepada Nabi. Jawapan Nabi ialah mana-mana orang yang secara zahir Islam hendaklah diberikan hak mereka. Yang dihadapi ialah musuh luaran yang terang-terangan memerangi Islam. Alangkah bijaknya politik Nabi, kerana tidak mahu membuka kelemahan dan permusuhan dalaman umat Islam agar tidak disedari oleh musuh luaran.
Dengan melayan baik secara ikhlas, MUNGKIN munafiq akan sedar dan insaf. Itulah hikmah rahmat.
Tujuan Nabi memberi layanan baik kerana tidak mahu musuh luaran melihat Nabi melayan umat Baginda secara double standard. Itu hikmahnya. Itulah bukti Nabi ada sifat fatonah. Bermaksud, ada langkah khusus untuk hadapi golongan tertentu di samping tidak kealpaan.
Nabi, manusia yang sempurna dan paling dekat dengan Allah pun tidak melayan munafiq dengan kekerasan, apatah diri kita yang penuh dengan kelemahan. Apakah diri kita lebih mulia daripada Nabi? Apakah bukti kita lebih benar Islam kita? Apakah yang bukan dalam kumpulan kita, kita melayan mereka dengan kekerasan? Nabi hanya keras jika hak Allah dilampaui. Itupun penuh dengan keadilan dan didikan.
Marilah kita buktikan Islam adalah AGAMA PERPADUAN. Perpaduan melalui persaudaraan. Persaudaraan adalah melalui perkenalan. Bukankah manusia dijadikan pelbagai bangsa untuk saling mengenali.
Untuk mengajak orang kepada memahami Islam dan mengamalkannya, kita hendaklah gunakan uslub da'wah. Da'wah bermaksud mengajak bukan? Adakah dikatakan da'wah jika lebih ramai orang menjauhi orang yang nak sampaikan Islam? Kata ulul-albab: Kita adalah pendakwah (pengajak), bukan qadhi (penghukum).
Cuba kita perhatikan sejenak pada qadhi ataupun hakim. Bagaimana mereka menentukan keputusan? Mestilah melalui kajian, siasatan dan soal-siasat sebelum menentukan hukum atau keputusan.
Apatah lagi seorang pendakwah. Semestinya dia bukan qadhi atau hakim. Tetapi mengapa hari ini pendakwah sibuk menghukum orang?
Friday, January 14, 2011
Thursday, January 13, 2011
Dalam lingkaran intro lagi
Islam dari segi haraki, tsaqafi dan tarbawi adalah saling melengkapkan. Haraki dalam jalan mendapatkan kuasa melalui pilihanraya. Tsaqafi dalam membina kekuatan al-qawi yakni intelektual dan profesionalisme. Tarbawi dalam membina muslim yang mantap imannya kepada Allah atau sifat al-amin.
Al-qawi dan al-amin menjadi teras dalam melahirkan masyarakat Islam yang mukmin dan profesional. Jitu hubungan dengan Allah sebagai abdullah (al-amin) dan cemerlang menggunakan alam dalam lingkungan Syariatullah dengan sebaik-baiknya sebagai khalifatullah (al-qawi).
Itulah tujuan hidup manusia dan alam ini dijadikan. Menjadi abdullah dan khalifatullah dalam 1 masa. Abdullah ialah hamba Allah yang sedar dan iltizam dalam melaksanakan kewajipan yang Allah telah tetapkan dalam Syariatullah seiringan meninggalkan perkara-perkara yang Allah larang. Khalifatullah ialah berjuang menegakkan agama Allah iaitu Islam di alam ini dan mentadbir alam dengan agama.
Tolong beri perhatian di sini, Islam bukanlah seperti Kristian yang telah dimanipulasi oleh ulama atau pendeta mereka. Dalam Kristian, kerana mengikut cakap pendeta, pengikut mereka ketinggalan dalam sains dan teknologi. Dalam Islam, ulamalah yang mencetuskan revolusi perkembangan ilmu yang menerangi dunia dan langit bumi. Jadi, kenalilah Islam dahulu sebelum anda menghukum Islam.Ummat Islam mundur hari ini kerana mereka meninggalkan ajaran Islam bukan kerana sekatan Islam.
Sekatan dalam Islam tidak lain tidak bukan adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Namun kerana kajian orientalis mempelajari Islam dan kemalasan ummat Islam memahami Islam dan mengamalkan Islam, jadilah kita seperti itik berenang mati kehausan. Faham tak?

Subscribe to:
Comments (Atom)