Islam dari segi haraki, tsaqafi dan tarbawi adalah saling melengkapkan. Haraki dalam jalan mendapatkan kuasa melalui pilihanraya. Tsaqafi dalam membina kekuatan al-qawi yakni intelektual dan profesionalisme. Tarbawi dalam membina muslim yang mantap imannya kepada Allah atau sifat al-amin.
Al-qawi dan al-amin menjadi teras dalam melahirkan masyarakat Islam yang mukmin dan profesional. Jitu hubungan dengan Allah sebagai abdullah (al-amin) dan cemerlang menggunakan alam dalam lingkungan Syariatullah dengan sebaik-baiknya sebagai khalifatullah (al-qawi).
Itulah tujuan hidup manusia dan alam ini dijadikan. Menjadi abdullah dan khalifatullah dalam 1 masa. Abdullah ialah hamba Allah yang sedar dan iltizam dalam melaksanakan kewajipan yang Allah telah tetapkan dalam Syariatullah seiringan meninggalkan perkara-perkara yang Allah larang. Khalifatullah ialah berjuang menegakkan agama Allah iaitu Islam di alam ini dan mentadbir alam dengan agama.
Tolong beri perhatian di sini, Islam bukanlah seperti Kristian yang telah dimanipulasi oleh ulama atau pendeta mereka. Dalam Kristian, kerana mengikut cakap pendeta, pengikut mereka ketinggalan dalam sains dan teknologi. Dalam Islam, ulamalah yang mencetuskan revolusi perkembangan ilmu yang menerangi dunia dan langit bumi. Jadi, kenalilah Islam dahulu sebelum anda menghukum Islam.Ummat Islam mundur hari ini kerana mereka meninggalkan ajaran Islam bukan kerana sekatan Islam.
Sekatan dalam Islam tidak lain tidak bukan adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Namun kerana kajian orientalis mempelajari Islam dan kemalasan ummat Islam memahami Islam dan mengamalkan Islam, jadilah kita seperti itik berenang mati kehausan. Faham tak?
No comments:
Post a Comment