Realiti Malaysia hari ini, perjuangan Islam dilihat terus kepada cara politik. Saya bukanlah tidak suka politik malah saya akui saya mengikuti politik Malaysia dari umur 13 tahun lagi. Semasa umur 8 atau 9 tahun - saya tak ingat - saya suka tengok jumlah undian surat khabar Berita Harian - abah saya langgan yang tu - yang masa tu memberitakan jumlah undi Dr Mahathir dan tokoh-tokoh lain (tak ingat juga...haduh). Saya amat suka politik sewaktu itu. Malah saya dapat membawa kawan-kawan saya ikut ceramah dan mengIslamkan pilihan politik mereka. Alhamdulillah kerana Allah yang membuka hati mereka ke arah Islam.
Namun, selepas mengenal kitab-kitab Islam dalam Bahasa Arab dan Melayu serta beberapa penulis berpengaruh dalam dunia penulisan offline dan online, worldview saya dilanda ombak perubahan - bukan tsunami rasanya sebab asas saya masih menerima politik - yang mana Islam bukan sahaja ditegakkan dengan politik, bahkan semua medium yang ada. Dan yang utamanya adalah secara haraki ( politik ), tarbawi ( pendidikan ) dan tsaqafi ( pengetahuan maklumat ).
Semuanya memainkan peranan penting dan besar dalam membawa muslimin ke arah kesatuan. Semuanya berjuang untuk menegakkan Islam di dunia ini.
Jadi, kesimpulan saya - panjang kot - kerjasama antara tiga medium ini haruslah kuat bak 1 bangunan. Janganlah menghentam cara aku betul, cara dia salah, cara aku cepat, cara dia lambat atau kalau nak berjuang, kena masuk persatuan atau parti aku, yang lain tak ikut cara Nabi.
Jadi, matlamat saya kali ini ialah gerakan Islam secara politik, intelektual atau tarbiah perlu bekerjasama dengan erat, saling mendokong dan saling bersaing membaiki kelemahan untuk menarik muslimin menjadi satu ummah. Sebelum menarik muslimin menjadi 1 ummah, gerakan-gerakan ini perlu saling menghormati, memberi nasihat, teguran dan sokongan, saling berdoa kerana untuk menyatukan ummah, gerakan atau medium ini haruslah bersatu dahulu kerana Allah dan Rasulullah sebelum ummah bersatu.
Tak habis lagi rupanya...sebenarnya matlamat gerakan atau medium ini adalah sama, Allah dan Rasul, Islam dan daulah Islamiah. Saya bawakan 1 ummah kerana apabila 1 ummah berjaya direalisasikan, dengan sendirinya tertegaklah daulah Islamiah yang tak dapat dibayangkan jangkauannya, mungkin satu dunia walaupun agak tinggi cita-cita ini.
Ya, mungkin kita boleh mulakan di Malaysia, tapi apa salahnya persediaan satu ummah antarabangsa boleh dibuat dari sekarang. Mungkin anda bermonolog " dalam Malaysia pun susah, nak satu dunia konon" . Saya cuma melatih diri berjiwa besar macam Solahuddin al-Ayyubi dan Muhammad al-Fatih kerana merekapun belajar dari Rasulullah.
Apa-apapun kejayaan besar mesti dimulakan dengan satu langkah kecil seperti bayi. Mesti dimulakan dari nukleus, individu. Kata ulul-albab: Nak ubah dunia, kena ubah manusia. Nak ubah manusia, kena ubah hati.
Jadi, hati kita perlu ada kemahuan mahu bersatu demi Islam.
Jadi ( lagi ), jika Allah izinkan, saya akan mulakan dengan kita mahu mengubah hati kita dahulu kerana di situ terletak kemahuan. Kemahuan menggerakkan manusia walaupun manusia dah tahu.
No comments:
Post a Comment